Al Quran dan Hafazan
10/11/18 | Berpesan-pesan

ALQURAN DAN HAFAZAN
Kitab Al-Quran nama diberi
Kitab suci sekalian umat
Kitab panduan setelah wafat
Nabi Muhammad sebagai wasilat
Di dalam rukun Iman ia terdapat
Kitab mulia pembawa shafaat
Pembawa cahaya di akhirat kelak
Wahai huffaz yang dimuliakan
Jasadmu kekal ke akhir zaman
Ulat dan tanah tidak terkesan
Dek kerana syafaat Al-Quran
Aku menyeru anak-anakku
Belajarlah Al-Quran bersama guru
Menjadi huffaz idaman kalbu
Bersama menuju ke syurgaMu
Sebagai bekalan ke akhiratmu
Untuk diriku dan teman-temanku
MOHD DZULKIFLI JAAFAR
NORTHAMPTON
2/11/2018 8.47PM