Aku Bukan Aku

01/11/18 | Berpesan-pesan

Kongsi: 

 

AKU BUKAN AKU

Bukan aku hiraukan wang ringgit yang berjuta,
Bukan aku hiraukan paras rupa yang menawan,
Bukan aku hiraukan harta benda yang banyak dan melimpah ruah,
Bukan aku hiraukan anak cucu yang ramai,
Bukan aku hiraukan kuasa dan pangkat
Apa yang aku cari hanya keredhaan dariMu ya Allah.

Kau limpahkanlah kurniamu kepadaku,
Kau limpahkanlah inayahmu padaku,
Kau limpahkanlah nikmat syurgamu padaku,
Kau limpahkanlah syafaat nabimu untuk ku,
Agar aku bisa mendapat rahmatmu di akhirat kelak

Aku sedar dunia ini hanya sementara bagiku, 
Aku sedar dunia ini hanya permulaan bagiku,
Aku sedar dunia ini cabaran bagiku,
Aku sedar dunia ini ujian darimu untukku,
Maka kurniakanlah kesedaran kepadaku ya Allah sebelum kembali bertemu rabbul izzah

Aku tidak memohon usiaku sepanjang nabi Noh As
Aku tidak memohon untuk hidup kekal abadi
Aku tidak mohon usia seperti nabi Allah hidhir
Aku tidak mohon agar hidup menongkat bumi
Kerana aku sedar, aku adalah umat Nabi Muhammad SAW yg terpuji.

Aku sedar hidupku mungkin tidak lama,
Aku sedar kematian memerhatikanku setiap detik,
Aku sedar amalanku dinilai secebis zarah, 
Aku sedar kebaikanku mungkin tidak cukup,
Aku sedar kejahatanku mungkin sangat teruk,
Cuma apa yang aku pohon hanyalah secebis kemaafan sesama manusia dan taubat kepadamu ya Allah. 

Ingatanku kepada semua,
Ingatlah Allah setiap masa,
Selawat dan salam kepada junjungan nabi jgn dilupa,
Berbuat baik kepada sesama manusia,
tidak kira lelaki atau wanita, dara dan janda, tua ataupun muda,
Agar beroleh keberkatan di Akhirat sana.

MOHD DZULKIFLI JAAFAR
Bayswater London

Kongsi: